Diari Ayah

Diari Ayah: Hassan Rahman | Bagaimana sejarah hitam kembali bersinar

Sujimy Mohamad Season 3 Episode 3

Episod kali ini membawa kita menyelami kisah luar biasa Hassan Rahman — seorang ayah kepada 6 anak, usahawan dan pengasas Rebuild Podcast. Dahulunya bergelumang dengan geng, keganasan dan dadah, Hassan kini berdiri kembali bersinar menjadi inspirasi kepada anak muda.

Beliau berkongsi detik-detik hitam hidupnya — dari boys home ke RTC hingga DRC — dan bagaimana kelahiran anak pertama serta keazaman selepas kejatuhan kedua, menjadi titik tolak perubahan sebenar. Hari ini, beliau bersama isteri membangunkan Shima Matin Bridal Services dan Merce Hair Studio, sambil terus menyebarkan mesej harapan dan transformasi melalui Rebuild Podcast.

Episod ini bukan sekadar cerita seorang bekas pesalah — ia adalah kisah tentang kasih ayah, peluang kedua dan kebangkitan seorang lelaki.

📌 Dengarkan bagaimana Hassan boleh bangkit semula — demi keluarga, masa depan dan diri sendiri.

If you benefit from this episode, please consider to support us: https://www.buzzsprout.com/416491/support 

Support the show